Selamat datang

animated dandilion big butterfly Images

Tuesday, November 16, 2010

Aktiviti Pengajaran untuk Murid Kumpulan Pencapaian Tinggi

Kumpulan Pencapaian Tinggi

Hasil Pembelajaran :
Di akhir pelajarandan pengajaran, murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan sukatan unit bukan piawai

Bahan / alatan :
1 lembaran kerja ( jadual catatan )
1 cawan plastik

1 baldi air

tin minuman

botol kosong

gelas

mangkuk

Langkah - langkah pengajaran

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan
2. Setiap kumpulan diminta untuk melantik seorang pencatat
3. Guru memberi arahan setiap kumpulan perlu merekodkannya di dalam
    jadual dibekalkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air ke 
   dalam setiap bekas 
   
Bekas
Botol
Mangkuk
Gelas
Tin minuman
Bilangan bekas





4. Murid mengulangi langkah 3 untuk bekas yang seterusnya
5. Murid dibimbing untuk memahami maksud separuh penuh, penuh dan 
    kosong

Saturday, November 13, 2010

Aktiviti Pengajaran untuk Murid Kumpulan Pencapaian Rendah

Kumpulan Pencapaian Rendah

Hasil pembelajaran :
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu ceecair dengan sukatan unit bukan piawai

Bahan / Alatan :
Botol kosong


Silinder penyukat

Langkah Pengajaran :

1. Guru meminta murid membentuk 4 kumpulan.
2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 4 silinder penyukat 
    ( berbeza isipadunya) dan 2 botol kosong yang berlainan saiz berlabel
3. Murid diminta untuk menuangkan 1 botol penuh dan 1 botol lagi 
    untuk baki air dalam silinder penyukat
4. Seterusnya murid membuat perbandingan diantara 2 botol tersebut
5. Guru membimbing murid untuk membuat perbandingan tersebut :
    Soalan :
    Guru   : Botol manakah yang mempunyai isipadu yang banyak ?
    Murid : Botol A
    Guru   : Botol manakah yang mempunyai isipadu yang sedikit ?
    Murid : Botol B
6. Guru membimbing murid dengan menerangkan bagaimana kejadian
    tersebut berlaku
7. Murid diminta untuk membuat rumusan untuk pelajaran hari ini.


Bahan Bantu Mengajar Kedua

Bahan bantu mengajar yang seterusnya dicadangkan untuk mengajar konsep isipadu cecair kepada murid tahun 2 adalah penggunaan bikar dan silinder penyukat.

Silinder Penyukat

Bikar

Bahan - bahan ini mudah didapati di bilik - bilik bahan bantu mengajar sekolah dan di makmal sains. Selain daripada itu, penggunaan bikar dan silinder penyukat di dalam memperkenalkan konsep isipadu cecair adalah amat sesuai kerana bahan - bahan ini boleh memperkenalkan juga konsep bacaan pada bahan tersebut. Keadaan ini akan dapat membiasakan diri murid tersebut apabila berada di peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Tambahan lagi, mereka tidak akan berasa janggal dengan bahan - bahan tersebut apabila menggunakannya di dalam pelajaran sains.

Bahan Bantu Mengajar Pertama

Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai amat penting di dalam sesuatu pengajaran. Faktor pemilihan bahan bantu mengajar mestilah diambilkira contohnya mudah didapati, mesra pengguna dan perlulah bersifat ekonomi serta tidak terlalu mahal. Selain itu, bahan bantu mengajar yang dipilih sebaik - baiknya berkait dengan kehidupan seharian mereka. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, dicadangkan dalam pengajaran isipadu cecair, bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan ialah dengan menggunakan barang - barang terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai ke atas tajuk isipadu cecair.Antara bahan terpakai yang digunakan adalah botol plastik, cawan, tin minuman dan mangkuk.

Botol Plastik

Cawan


Tin Minuman


Mangkuk

Bahan - bahan di atas adalah amat sesuai untuk memperkenalkan konsep isipadu cecair kerana bahan - bahan tersebut, pernah dilihat di sekeliling mereka. Tambahan lagi, mereka pernah menggunakannya di rumah. Pada pendapat saya, bahan di atas amat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar disebabkan murid pernah melihat dan mengenal bahan tersebut. Di samping itu, penggunaan bahan - bahan di atas, dapat menyemai perasaan sayangkan alam sekitar. Jesteru itu, bahan ini amat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar dengan tujuan memperkenalkan konsep isipadu cecair kepada pelajar tahun 2.
 

Pengenalan

video
Tayangan video di atas menunjukkan bagaimana cara menyukat isipadu cecair. Tersalah konsep dalam menyukat boleh kita definisikan sebagai kesilapan murid dalam menentukan jumlah isipadu di dalam sesebuah bekas yang berbeza. murid akan menganggap bekas yang tinggi akan mempunyai isipadu yang banyak berbanding bekas yang rendah. Pernyataan ini menunjukkan bahawa kebanyakan murid tersalah konsep dalam menyukat isipadu cecair di dalam sesuatu bekas. Perkara ini perlu dibetulkan oleh guru yang mengajar tajuk isipadu cecair di dalam kelas. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang konsep menyukat isipadu, terdapat 2 jenis sukatan yang digunakan untuk mengajar tajuk isipadu cecair, iaitu mililiter (ml) dan liter (l). Melalui unit yang diperkenalkan kepada murid, maka masalah tersalah konsep menyukat isipadu cecair dapat diatasi.Video di bawah adalah video yang menunjukkan bagaimana membaca bacaan pada silinder penyukat dengan melibatkan unit - unit piawai.

video