Selamat datang

animated dandilion big butterfly Images

Saturday, November 13, 2010

Bahan Bantu Mengajar Pertama

Pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai amat penting di dalam sesuatu pengajaran. Faktor pemilihan bahan bantu mengajar mestilah diambilkira contohnya mudah didapati, mesra pengguna dan perlulah bersifat ekonomi serta tidak terlalu mahal. Selain itu, bahan bantu mengajar yang dipilih sebaik - baiknya berkait dengan kehidupan seharian mereka. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, dicadangkan dalam pengajaran isipadu cecair, bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan ialah dengan menggunakan barang - barang terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai ke atas tajuk isipadu cecair.Antara bahan terpakai yang digunakan adalah botol plastik, cawan, tin minuman dan mangkuk.

Botol Plastik

Cawan


Tin Minuman


Mangkuk

Bahan - bahan di atas adalah amat sesuai untuk memperkenalkan konsep isipadu cecair kerana bahan - bahan tersebut, pernah dilihat di sekeliling mereka. Tambahan lagi, mereka pernah menggunakannya di rumah. Pada pendapat saya, bahan di atas amat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar disebabkan murid pernah melihat dan mengenal bahan tersebut. Di samping itu, penggunaan bahan - bahan di atas, dapat menyemai perasaan sayangkan alam sekitar. Jesteru itu, bahan ini amat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar dengan tujuan memperkenalkan konsep isipadu cecair kepada pelajar tahun 2.
 

No comments:

Post a Comment