Selamat datang

animated dandilion big butterfly Images

Saturday, November 13, 2010

Pengenalan

Tayangan video di atas menunjukkan bagaimana cara menyukat isipadu cecair. Tersalah konsep dalam menyukat boleh kita definisikan sebagai kesilapan murid dalam menentukan jumlah isipadu di dalam sesebuah bekas yang berbeza. murid akan menganggap bekas yang tinggi akan mempunyai isipadu yang banyak berbanding bekas yang rendah. Pernyataan ini menunjukkan bahawa kebanyakan murid tersalah konsep dalam menyukat isipadu cecair di dalam sesuatu bekas. Perkara ini perlu dibetulkan oleh guru yang mengajar tajuk isipadu cecair di dalam kelas. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid tentang konsep menyukat isipadu, terdapat 2 jenis sukatan yang digunakan untuk mengajar tajuk isipadu cecair, iaitu mililiter (ml) dan liter (l). Melalui unit yang diperkenalkan kepada murid, maka masalah tersalah konsep menyukat isipadu cecair dapat diatasi.Video di bawah adalah video yang menunjukkan bagaimana membaca bacaan pada silinder penyukat dengan melibatkan unit - unit piawai.

No comments:

Post a Comment